Thursday, July 14, 2011

Partition?

Mungkin ada dikalangan anda yang tidak faham atau pun tidak tahu partition itu apa sebenarnya. Partition adalah part-part yang telah/tidak dipisahkan melalui hard disk/drive seperti partition C:, D: dan lain-lain. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda ingin mengubah saiz, etc tanpa anda perlu menformat komputer anda? Disini saya nyatakan sedikit cara-cara untuk mengubah sebarang partition (terutamanya saiz) tanpa perlu menformat komputer.



1. Anda perlulah mempunyai software yang terdapat di sini. Semuanya adalah freeware untuk kegunaan sendiri sahaja.

2. Anda hendaklah membaca sebarang info-info di laman web tersebut tentang apa yang anda ingin lakukan di komputer (resize/move,etc)

3. Sebelum membuat sebarang tindakan, anda dinasihatkan supaya melakukan backup files terlebih dahulu supaya sebarang files (seperti OS) tidak diganggu.

4. Setelah anda men-apply segala jenis setting yang anda ingin ubah, komputer anda akan di shut down untuk menjalankan proses tersebut.

5. Anda perlu yakin. Sekiranya anda tidak yakin, jangan gunakan software tersebut.

6. Kepada sesiapa yang berani, jangan risau sekiranya komputer anda mengambil masa yang lama untuk proses tersebut (sebab saya tunggu hampir 3jam untuk komputer berjalan seperti biasa).

7. Enjoy!!

Di sini saya sertakan sekali lagi tempat dimana anda boleh mendownload software tersebut DI SINI



Wednesday, July 13, 2011

PC hardware?

Mungkin anda tidak tahu apa yang terdapat di dalam komputer anda. Apa kata kita tengok serba sedikit maklumat asas yang terdapat di dalam hardware komputer. :D

Motherboard

  • Motherboard ialah satu jenis cip yang berbentuk petak dan besar
  • Ibu segala hardware yang dipasang. Tanpanya, hardware lain tidak dapat berfungsi
  • Hardware lain yang dipasang di motherboard seperti RAM (random-acsess memory), hard disk/drive, processor, etc

Power supply


  • Kalau benda ini tiada, komputer anda memang tidak akan berfungsi =.=

RAM (random-acsess memory)


  • Benda ini berfungsi sebagai bahan simpanan sementara OS(operating system seperti Windows) digunakan serta aplikasi-aplikasi dan lain-lain yang sedang diguna

Graphic Card


  • Kebanyakan graphic card sekarang dah ada dekat setiap komputer anda (built-in)
  • Fungsi mereka adalah untuk menjalankan kerja-kerja seperti 3D, permainan komputer, etc

Processor


  • Benda ini ialah otak dalam komputer anda.
  • Processor mempengaruhi kelajuan, kecekapan dalam komputer anda.

Hard disk/drive


  • Tempat anda menyimpan segala maklumat, gambar, lagu dan lain-lain
  • Kalau tiada benda nie memang susah






Tuesday, July 12, 2011

Tahukah Anda?

Cpu-Z adalah perisian percuma yang dapat memberikan maklumat tepat atau hampir tepat mengenai perkakasan atau peranti PC/notebook,etc anda.



Anda boleh mengklik setiap menu di sebelah atas pemuka utamanya untuk melihat maklumat yang dipaparkan seperti CPU, Mainboard, Cache, SPD, etc.

Anda juga boleh mencipta laporan yang berkaitan melalui menu About, Save Report (.txt) yang terletak dibahagian Tools. Ini mungkin dapat membantu anda sekiranya anda ingin menukar sebarang perkakasan PC/notebook,etc anda.



Anda boleh layari Cpu-Z di http://www.cpuid.com/softwares/cpu-z.html




Tips Membeli Kad Grafik untuk PC Anda


10 tips sebelum membeli graphic card :

1. PCI atau AGP
    Pastikan sistem PC anda mempunyai slot AGP ataupun PCI.

AGP

  • AGP (Advanced Graphic Port) standard untuk Pentium II dan seterusnya.
  • Selalunya slot AGP tidak lagi digunakan.
PCI

  • PCI (Peripheral Component Interconnect) banyak digunakan pada masa kini.
  • PCI Express menawarkan 2-4 kali ganda berbanding AGP.


2. Memori

  • Pilih kelajuan memori, bukan kapasiti memori.
  • Dapatkan memori sederhana yang menawarkan kelajuan maksimum.
  • Dapatkan memori paling tinggi untuk bermain permainan resolusi tinggi dengan kualiti grafik yang menarik.


3. GPU

  • Nadi sebenar kad grafik adalah unit pemprosesannya.
  • Bertanggungjawab terhadap kecekapan kad video 3D anda.


4. Kelajuan 3D

  • Sekiranya anda mengguna PC utk bermain game atau melibatkan kerja-kerja 3D, pastikan mod OpenGL, 3DFX Glide dan Direct3D disokong.


5. Kelajuan dan Kecekapan Kad

  • 'pipeline' atau kelajuan jam? lebih banyak 'pipe' adalah lebih baik.
  • Standard 'pipeline' mempunyai 4, sederhana mempunyai 8-12 dan tinggi mempunya 16 atau lebih.


6. Baru atau Lama?

  • Tgk spesifikasi 'pipeline' dan kelajuan jam.
  • Kalau tidak ada banyak perbezaan, pilih kad terbaru sebab ia menyokong lebih banyak fungsi.


7. Murah atau Mahal?

  • Bergantung kepada badget anda.
  • Tentukan keperluan kad grafik anda sama ada memilih kategori sederhana atau tinggi sebab ia menawarkan kecekapan dan nilai terbaik.


8. PC anda mampu bertahan?

  • Biasanya kad grafik terkini memerlukan 400W (power supply).
  • Kalau double, memerlukan 550W ke atas.


9. Single atau Double?

  • Kalau nak double, anda kena ada PCI Express.
  • Kena ada kad grafik yang serasi dan power supply yang cukup.
  • Nvidia (SLI) boleh digabungkan dengan pengeluar yg berbeza asalkan GPU sama.
  • ATI (CrossFire) memerlukan kad grafik yang sama untuk berkerjasama.


10. Bijak Membeli
  • Pilihlah kad grafik yg asli.
  • Harga kad grafik selalunya akan turun apabila produk baru keluar.
  • Tapi kena tunggu antara 12-18 bulan sebelum kad grafik baru kuar.
  • So, masa paling sesuai adalah pada bila-bila masa klu anda tidak perlukan kad grafik terkini. :D




Perubahan Storage System

Anda tau tentang pendrive, external hard disk/drive dan lain-lain.. Ini ada info sikit pasal mereka.. :D



Ini adalah antara 3 elemen utama yg sering dilihat oleh pengguna :

  1. Kapasiti
  2. Kelajuan
  3. Kecekapan


Floppy Disk (cakera liut)

  • Sebelum kedatangan floppy disk,pengguna hanya bergantung kepada RAM untuk simpan data.
  • Mempunyai 1.44MB untuk sekeping cakera.(=.=!!)

CD/DVD (cakera optikal)

  • Tawarkan simpanan yg besar 700MB untuk satu CD.
  • Penggunaannya yang terhad sebab data yang disimpan adalah tetap (untuk CD-R/DVD-R)
  • Susah dibawa. (xD)


Pendrive (pemacu flash USB)

  • Lebih kompak, laju dan boleh menyimpan banyak data bergantung kepada saiz memori.
  • Tahan lasak sebab bahagian dalam tidak sering diganggu.
  • Berharga RM120 atau lebih untuk 256MB pada awal kemunculannya.(wah!!)

External Hard Disk/Drive

  • Mempunyai kapasiti yang agak tinggi (500GB, 1TB, etc)
  • Bersaiz agak besar berbanding pendrive.
  • Kelajuan putaran cakera sehingga 5000rpm ke 7200rpm.
  • Berharga sekitar RM150-RM300.





Monday, July 11, 2011

2nd Generation Intel Core Processor Family

Anda tau pasal 2nd generation Intel Core Processor Family? Ok kalau nk tau serba sedikit pasal 2nd generation ni, mari kita baca kat bwh.

Intel Core i3-380M dan Intel Core i3-2110M (2nd generation)

HD Media : boleh mencapai 4.6% lebih laju
Everyday Computing : boleh mencapai 2% lebih laju
Mainstream Gaming : boleh mencapai 2.3% lebih laju

Intel Core i5-560M dan Intel Core i5-2520M (2nd generation)

HD Media : boleh mencapai 4.5% lebih laju
Everyday Computing : boleh mencapai 19% lebih laju
Mainstream Gaming : boleh mencapai 2.4% lebih laju

Intel Core i7-740QM dan Intel Core i7-2720QM (2nd generation)

HD Media : boleh mencapai 8% lebih laju
Everyday Computing : boleh mencapai 78% lebih laju
Mainstream Gaming : boleh mencapai 46% lebih laju





So sebelum membeli, tengok-tengok la dulu eh..:D




Intel vs AMD..Processor mane satu yg anda pilih?

Tips Sebelum Membeli (sebab processor adalah otak pc anda)

Kalau anda ada budget yg rendah, carilah processor :

  • AMD Athlon II X2 225 

          sebab processor ini mampu untuk menampung segala basic di pc anda.



Kalau anda ada budget yg sederhana, carilah processor :

  • AMD Phenom II X4 965

          sebab processor ini 35% lebih laju dari processor diatas dan mampu memberikan
          extra performance.

  • Intel Core i3-560 dan i3-2100

          sebab harga lebih kurang dan bagi anda 10% lebih laju dari processor diatas.






Kalau anda ada high-budget, carilah processor :

  • Intel Core i7-2600K

          sebab processor ini 2x ganda lebih laju dari AMD Athlon II X2 225 dan CPU ini 
          boleh overclocked
          (bergantung kepada pengguna yang mementingkan performance daripada yg lain)